Lawatan Kerja Penanda Aras Transformasi Digital Kutipan Hasil Tanah di Pejabat PTG Negeri Sembilan
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang telah mengadakan satu lawatan kerja ke Pejabat PTG Negeri Sembilan pada 30 April 2024 yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pendaftaran), Puan Siti Norafidah binti Saiman.
Dalam sesi lawatan ini, Pejabat PTG Negeri Sembilan telah berkongsi pengalaman dan maklumat berkaitan Transformasi Digital Kutipan Hasil Tanah di Negeri Sembilan yang menggunakan Sistem Kutipan Hasil Tanah (eSKHT) sejak tahun 2021. Turut dibentangkan adalah demo penggunaan eSKHT serta pelaksanaannya di Kaunter Hasil Pejabat PTG Negeri Sembilan.
Pejabat PTG Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan serta seluruh pegawai dan kakitangannya yang sudi menerima delegasi dari Pejabat PTG Pahang pada sesi perkongsian kali ini.



