Bantuan Kebolehcapaian

  • Skala paparan 100%
  • Size teks 100%
  • Jarak barisan 100%
  • Jarak tulisan 100%

Berita

Majlis Perhimpunan Bulanan Pejabat PTG Pahang


Pada 14 Oktober 2024 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan di Bilik Delima, Bangunan PTG yang dihadiri oleh seluruh kakitangan dari semua bahagaian dan unit . Pengarah Tanah dan Galian Pahang, YH. Dato' Hamdan bin Hussin dalam ucapannya telah menyampaikan perkembangan dan pencapaian jabatan serta perancangan yang sedang dilaksanakan dalam memacu keberhasilan dan inovasi jabatan. Beliau turut menekankan kepentingan usaha mencapai sasaran kutipan hasil tanah negeri bagi tahun 2024 selain langkah-langkah ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan keberkesanan pengurusan tanah.

Sebagai sebahagian daripada majlis, Anugerah Pekerja Terbaik turut disampaikan kepada kakitangan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam tugas mereka bagi sesi Januari hingga Mac, April hingga Jun dan Julai hingga September bagi tahun 2024. Penganugerahan ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada usaha dan dedikasi kakitangan, di samping mendorong semua kakitangan untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih tinggi dalam perkhidmatan mereka.

Majlis ini juga memperkenalkan pegawai yang baharu menyertai jabatan serta sesi kuiz interaktif yang melibatkan semua hadirin. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk merangsang semangat kerjasama dan meningkatkan kesedaran tentang matlamat jabatan. Dengan penglibatan aktif semua pegawai dan kakitangan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang bertekad untuk terus memperbaiki perkhidmatan dan memenuhi harapan masyarakat.

Majlis Perhimpunan Bulanan Oktober 2024

Majlis Perhimpunan Bulanan Oktober 2024

Majlis Perhimpunan Bulanan Oktober 2024

Majlis Perhimpunan Bulanan Oktober 2024

Majlis Perhimpunan Bulanan Oktober 2024

Majlis Perhimpunan Bulanan Oktober 2024

Majlis Perhimpunan Bulanan Oktober 2024